Popular Posts

Total Pageviews

Sunday, February 13, 2011

COST UTAMA DALAM PENGHASILAN GAMBA





Pabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bg perkhidmatan tersebut. 
Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. 
Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar tersebut. 

1) Kos Peralatan Kamera 
- Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10.000. Selain dari kos pembelian ,kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu di naiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos sewa paralatan mereka. 

2) Kemahiran Jurugambar 
- Selain menjadi jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi, dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan oleh perkhidmatannya. 

3) Masa Perkhidmatan 
- Jurugambar adalah seorang profesional, ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran daru kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud , masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perli diambil untuk sesuatu tugasan. 

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman 
- Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk anda. Tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yg terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yg terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan ,kontras, warna, ketajaman,komposisi dan sebagainya. Seterusnya gambar tadi akan dicetak, selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna, akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar2 tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan. 

5) Kos Material 
- Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas ,kos material juga terlibat dalam menentukan kos perkhidmatan seseorang jurugambar. Antaranya adalah kos pengangkutan, bil , kos promosi, serta lain2 kos perniagaan. 


Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar . Diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk perkhidmatannya.

No comments:

Post a Comment